Sibuk Berbisnes, Dengarkanlah Suara Tubuhmu

oleh Dr Tengku Khairi A.Rahman

BQ (body intelligence) ialah bagaimana kita menguruskan kesihatan dan mood. Usahawan berjaya sering menjaga kesihatannya, mendapat rehat yang cukup dan sentiasa ceria. Ketahui kesibukan berbisnes bukan menjadi alasan untuk kita tidak sempat menjaga kesihatan diri kita.

Gaya hidup dan kedisiplinan diri merupakan pra syarat untuk memastikan kita berbisnes dalam kesihatan yang baik. Nak dalam kesibukan berbisnes, belajarlah mendengar suara tubuh kita.

Tubuh memberikan tanda. Sekiranya tubuh mengalami kekurangan air, badan akan berasa dahaga dan tanda-tanda lain apabila buang air kecil, air kencing akan berwarna kuning kecoklatan. Tubuh mempunyai mekanisme pertahanan. Tubuh memberi isyarat.

Sekiranya terdapat bahagian yang sakit di dalam badan, tubuh akan bertarung. Ia automatik. Itulah kesakitan. Kesakitan boleh dirasai. Itulah bunyi badan. Nah, jika badan tidak membuang air besar selama tiga hari maka tubuh akan menjadi tidak selesa.

Mengetahui lebih cepat, penyakit yang ada di dalam tubuh itu lebih baik sehingga proses pengubatan akan lebih cepat dan tidak kompleks.

Jika penyakit diketahui pada tahap parah dan kompleks maka pastinya perlu waktu lama proses pengubatan dan kesabaran yang tinggi. Biaya juga menjadi lebih tinggi lagi.

Selama ini orang mengabaikan untuk mendengarkan suara tubuh. Akhirnya ketika tubuh sudah tidak mampu bersuara, penyakit sudah menjalar ke mana-mana baru mau berubat.

Senario ini menjadi sudah sukar dan kemungkinan untuk sembuh ada namu perlu perjuangan dan kedisiplinan kesabaran serta perlu biaya yang besar.

Kembali ke awal tulisan ini, mari dengarkan tubuh kita. Pola buang air besar dan air kecil. Kalau perempuan pola haidnya. Perhatikan berat badan yang turun mendadak tanpa ada upaya diet.

Semoga usaha awal kita untuk mendengar suara tubuh boleh membantu kita sentiasa dalam kurniaan kesihatan yang baik.

Ingat, untuk menguruskan bisnes yang maju, kesihatan badan adalah prasyarat terpenting. Kesibukan berbisnes tidak harus digadaikan dengan mengabaikan kesihatan diri. -Planetmahir.com

Kategori Lain