Tentang Kami

Tentang Kami

Planet Mahir telah dilancarkan pada April 2019. Kami menawarkan perkhidmatan pendigitalan & digitalisasi seperti penerbitan eBook & Audio Book, pengembangan platform & sistem digital, aplikasi mudah alih, pengeluaran dan penyuntingan video. Khidmat nasihat dan perundingan kepada usahawan dan syarikat mengenai cara digital turut disediakan. Produk terunggul kami, planetmahir.com; platform perkongsian kemahiran dalam talian berbentuk Video On Demand (VOD) pertama di dunia yang menggunakan Bahasa Melayu dalam penyampaian di mana ia boleh diakses melalui laman web dan aplikasi mudah alih.

Visi dan Misi

Visi kami adalah untuk merevolusikan industri pendidikan dan latihan di serata Asia, memberikan akses pendidikan dengan kos yang berpatutan, mengisi jurang dalam program pemerolehan kemahiran dan peningkatan kemahiran, Planet Mahir kini telah diakui oleh Digital News Asia sebagai salah satu syarikat teknologi digital yang berpengaruh di Malaysia. Planet Mahir turut mendapat sambutan hangat daripada syarikat-syarikat media. Kami juga adalah Penyedia Latihan Bertauliah dengan kerjasama HRDF dan PERKESO.

Perkhidmatan Kami

Kami menyediakan Kursus Dalam Talian Secara Langsung, mengajar kemahiran keusahawanan dan Ekonomi Gig seperti cara untuk menubuhkan Perniagaan Dalam Talian sendiri, cara membuat kursus dalam talian sendiri, serta kursus Latihan Korporat untuk agensi Kerajaan, GLC dan MNC. Kami juga menyediakan Produk Islam seperti Kursus Pra-perkahwinan Dalam Talian, Kursus Pensijilan Halal, Haji & Umrah, serta Mahir Tutor; platform tuisyen dalam talian untuk subjek-subjek kritikal SPM dengan yuran langganan yang murah.

Kategori Lain