Peluang Unik Mengajar Sambil Menjana Pendapatan

PEMBELAJARAN secara dalam talian (online) bukanlah satu perkara yang baharu. Malah, platform khusus untuk tujuan tersebut juga popular di luar negara.

Laman web seperti Udemy, Masterclass, Skillshare dan Khan Academy telah membuktikan bahawa proses pembelajaran tidak konvensional ini sememangnya mendapat tempat dalam kalangan golongan milenial.

Sesuai dengan peredaran zaman, teknik pembelajaran secara online ini telah membuka peluang untuk para pengajar atau pendidik menjana pendapatan sampingan melalui platform sebegini.

Industri ini juga telah terbukti berkesan untuk tenaga pengajar menjana pendapatan lumayan melihat kepada kejayaan salah seorang tenaga pengajar Udemy, Rob Percival.

Untuk pengetahuan anda, Percival berjaya menjadi jutawan apabila kursus pengekodan (coding) beliau yang dimuat naik di platform berkenaan telah dilanggan 120,000 kali dan menjana lebih 3 juta dolar (RM12.4 juta).

Berdasarkan kajian Global Industry Analysts, Inc., nilai industri pendidikan online dijangka mencecah 240 juta dolar (RM939 juta) menjelang tahun 2021.

Jangkaan tersebut menjadi petanda bahawa industri pendidikan online ini bakal mentransformasikan masa depan industri pendidikan di dalam dan luar negara.

Dalam pada itu, kehadiran Planet Mahir sebagai platform perkongsian kemahiran khusus dalam Bahasa Melayu juga telah membuka satu pasaran baharu untuk tenaga pengajar mengajar sambil menjana pendapatan meliputi empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Selain menjana pendapatan sampingan, menjadi seorang tenaga pengajar di platform online juga memberikan fleksibiliti kepada tenaga pengajar untuk mengajar secara bebas dan tidak terikat dengan mana-mana institusi.

Dalam masa sama, tenaga pengajar yang menceburi industri pembelajaran online ini juga secara tidak langsung boleh menambah baik skil mereka memandangkan cara berbeza diperlukan untuk mengajar berbanding secara tradisional.

Di Planet Mahir, tenaga pengajar diberi kebebasan sama ada untuk menghasilkan video kursus mereka sendiri atau menggunakan khidmat pasukan produksi syarikat.

Ini sekali gus memudahkan tenaga pengajar untuk memfokuskan kepada isi kandungan modul kursus yang ingin disampaikan kepada umum.

Planet Mahir juga menggalakkan sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran yang ingin dikongsikan kepada orang ramai untuk tampil menjadi tenaga pengajar di laman web planetmahir.com.

Justeru, anda yang berminat menjadi tenaga pengajar atau online instructor Planet Mahir boleh menghantar email kepada [email protected] atau DM kami di media sosial Planet Mahir. -EZ

Social Media Planet Mahir

Facebook : https://www.facebook.com/planetmahir/

Instagram : https://www.instagram.com/planetmahir/

Twitter : https://twitter.com/planetmahir

Kategori Lain