TIPS BISNES – JANGAN LUPA 3 PERKARA!

Oleh Dr Tengku Khairi A Rahman

Bisnes adalah sebuah pilihan. Segalanya kita yang menentukan. Bisnes itu luar biasa, maka seboleh mungkin jangan sampai memudaratkan. Bisnes itu juga sementara di dunia ini, maka kita harus seringkali hura-hara.

Ya! jika mindset anda masih saja stagnan pada pemikiran yang seperti itu, sesekali anda harus lebih teliti lagi melihat kita berbisnes dunia dan ingat juga kita juga harus “berbisnes” untuk akhiratnya.

Dalam perjalanan berbisnes, kita pasti dipenuhi oleh cita-ciata peribadi. Ingin punya ini, ingin punya itu, mahu kereta seperti ini, mahu bangunan seperti itu. Ingin untung sebanyak ini, ingin jualan sebanyak itu.

Semuanya tanpa terkecuali, manusia memiliki visi. Secara tidak sedar, cita-cita dan visi akan terbentuk mulai dari yang sederhana hingga visi yang hebat.

Lalu, apakah kita diciptakan untuk sekadar bervisi? Tidak. Ada beberapa hal yang harus kita sedari. Tiga Pelajaran berbisnes yang sering sekali dilupakan oleh manusia adalah :

 

  1. Bisnes adalah untuk membantu.


Membantu ? kenapa kita harus membantu ? Kita bukan keluarga mereka kan ? Ah, dia malas kerja makanya miskin. Kawan, apakah anda salah satu orang yang pernah berfikir demikian?Jika berbisnes hanya untuk memikirkan diri sendiri, maka tidak perlu kita susah payah untuk mempertahankan diri di dunia yang tanpa keabadian ini.

Jika hari-hari kita tanpa ada rasa ingin membantu @ peduli , maka ingatlah bahawa kita tidak akan pernah boleh berbisnes bersendirian. Ternyata ramai orang yang masih saja enggan untuk membantu memberi sedekah RM10 kepada pengemis yang menadah tangannya. Ramai pula orang yang fikir panjang untuk sekadar memberikan amal jariyah ke masjid kerena takut miskin.

Justeru itu pesan untuk diri saya sendiri dan semua usahawan @ sahabat FB yang membaca, Bisnes adalah untuk membantu. Bahkan jika kita memiliki rasa ingin membantu atau peduli tersebut, segalanya akan lebih diberkati. Bersedekah tidak akan menjadikan kita jatuh miskin, menolong tidak akan pernah menjadikan bisnes kita berat, dan mengulurkan tangan akan membuat bisnes kita lebih bermakna. Selamat mencuba!

 

2. Jangan lupa menghargai diri sendiri.

 

Apakah anda pernah menghargai diri anda sendiri ? Seberapa berharga anda ? Ya. Menghargai diri sendiri sangat perlu dalam menjalani bisnes. Jangan hanya melulu mengekploitasi diri ya. Kerana masih sangat ramai sekali usahawan yang lupa bahawa dirinya juga perlu bahagia.

Ramai sekali usahawan yang sibuk dengan sikapnya yang iri dengki dengan kebahagiaan orang lain, merasa gagal, tidak menikmati bisnes deh akhirnya. Jadi. Kita sangat perlu untuk menyayangi diri sendiri seperti memberikan reward kecil-kecilan.

Menuruti keinginan (asal jangan boros atau berlebihan), kemudian mengajak diri sendiri jalan-jalan, membeli apa yang ingin dimakan, menaiki kenderaan dengan tenang. Apakah anda sudah menghargai diri anda sendiri ? Yuk mulai lah menyayangi diri sendiri. Insya Allah anda akan menjadi usahawan yang tenang dan hebat.

 

3. Berbisnes adalah proses komunikasi.


Jangan diam-diam dan malu menceritakan tentang bisnes kita. Zaman sekarang, masih ramai usahawan gagal menceritakan apa yang mereka lakukan. Berbisnes adalah bermula dengan ada satu orang yang melakukan proses komunikasi dengan orang lainnya. Padahal kita tahu bahwa proses komunikasi sangatlah penting dalam menjalani bisnes.

Kita perlu berbicara “A” agar mereka faham bahawa kita menginginkannya. Dan seterusnya, semuanya perlu diperbincangkan. Persekitaran kita bukanlah paranormal yang boleh meneka semua yang kita fikir. Sekali lagi, bisnes perlu komunikasi. Jangan sampai bisnes gagal gara-gara kita kurang komunikasi.

Jangan sampai waktu, kita terbuang sia-sia untuk memulakan komunikasi. Carilah kebermanfaatan dalam komunikasi. Dengan berbicara, apa yang ada di fikiran akan tersampaikan dan dengan komunikasi kita hanya perlu sedikit kopi untuk menyelaraskan isi hati. Selamat menikmati komunikasi! Komunikasi adalah proses bisnes.

Rumusannya, kita berbisnes bukan untuk diri sendiri seahaja akan tetapi untuk menjadi dan memberi makna bagi setiap orang demi kesejahteraan umat didunia. Berbisnes juga bukan isu tentang dunia sahaja tetapi lebih penting juga meraih untung akhirat.

Walaupun kita semua tahu bahawa tidak semua orang menganggap kita bermakna, namun hargailah segalanya yang kita miliki atau punya. Termasuk menikmati hari-hari kita berbisnes dengan lebih sejahtera, bahagia dengan selalu mengingat tiga point di atas ya!

Kategori Lain