Sumbang Dana Buat Program Mahir Cakna Melalui Global Sadaqah

GLOBAL Sadaqah bersama Planet Mahir telah melancarkan sebuah kempen bagi mengumpul dana untuk membeli dan memperbaiki komputer riba untuk diberikan kepada pelajar-pelajar daripada golongan keluarga B40.

Untuk pengetahuan, program pemberian komputer riba percuma untuk pelajar-pelajar memerlukan, MAHIR Cakna ini telah bermula sejak bulan Julai yang lalu.

Program MAHIR Cakna diadakan dengan objektif untuk memberikan bantuan kepada para pelajar daripada golongan keluarga B40 bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Sekiranya anda berminat untuk memberikan sumbangan melalui kempen pengumpulan dana buat program MAHIR Cakna melalui Global Sadaqah, sila layari laman web INI.

Kempen pengumpulan dana ‘Laptops and Food Aid for Underprivileged Families in Malaysia’ ini memudahkan orang ramai untuk memberi sumbangan serendah RM10 bagi program MAHIR Cakna.

Justeru, marilah kita berkongsi rezeki dengan memberikan sumbangan di link berikut. Kempen ini akan berjalan sehingga 31 Disember 2021. – PlanetMahir

Kategori Lain