TAHUN 2019 berlalu pergi menandakan permulaan dekad baru yang dimulakan dengan sambutan meriah ambang 2020 di seluruh negara.
Pada 31 Disember lalu, Planet Mahir turut serta memeriahkan sambutan Ambang Tahun Baru Selangor 2020 dengan membuka ‘booth’ di Dataran Kemerdekaan Shah Alam bersama Kitamen.
Pertandingan Esports yang menjadi ‘highlight’ pada hari tersebut mendapat sambutan ramai sekali gus membuktikan bahawa industri berkenaan kini semakin mendapat perhatian belia.
Terutama sekali dengan hasil kemenangan yang mampu diperoleh daripada pertandingan sebegini.
Pada malam itu juga, pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya acara Penalti Ambang 2020, ‘Netball Shootout Ambang 2020′, dan Beyblade yang menawarkan hadiah wang tunai lumayan.
Sambutan juga dihangatkan lagi sengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Syamel, Ernie Zakri dan Black sebelum diakhiri dengan pertunjukan bunga api yang mewarnai Shah Alam.
Selamat tahun baru daripada Planet Mahir! Semoga semua impian anda untuk tahun 2020 ini tercapai. -EZ