Planet Mahir Di Kembara Digital Malaysia 2019

PADA 27 dan 28 Julai lalu, Planet Mahir telah menyertai Kembara Digital Malaysia (KDM) yang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.

Karnival berteraskan digital itu diadakan bersempena sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia.

Kira-kira 50 pempamer terdiri daripada penyedia perkhidmatan jalur lebar, pengeluar/pengedar perkakasan dan perisian ICT serta agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri akan mengambil bahagian sepanjang dua hari KDM.

Booth Planet Mahir turut dikunjungi Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo serta beberapa lagi VIP di karnival tersebut.

Selain itu, pelbagai hadiah menarik telah diberikan kepada orang ramai yang mengunjungi booth Planet Mahir di mana hadiah utama merupakan pakej penginapan 3 hari 2 malam di Mandara Tree Villas, Janda Baik, Pahang.

Hadiah utama tersebut dimenangi oleh Halim Batrisyia. Tahniah Halim!

Bukan itu sahaja, pengunjung booth Planet Mahir yang mendaftar akaun di planetmahir.com turut menerima kad sim Xpax percuma sumbangan Celcom.

Jom tengok gambar serta video highlight kami sewaktu di KDM tempoh hari! -EZ

Kategori Lain