MVFL One Series Edition Zero Esports

PADA 21 Disember lalu, satu pertandingan Esports yang digelar Malaysia Virtual Football League (MVFL) One Series Edition Zero telah diadakan di Epicenter Kitamen Sungai Buloh.

Untuk pengetahuan, program bersiri MVFL One Series ini adalah satu inisiatif untuk memajukan industri Esports/Egames di Malaysia.

Program ini dianjurkan oleh syarikat E-sukan, Kitamen dan juga platform pembelajaran dalam talian, Planet Mahir.

Planet Mahir akan memfokuskan terhadap menyediakan kursus dalam talian dengan objektifnya melahirkan juara dalam Virtual Football dari segi selok-belok permainan, latihan dan juga tips-tips bermain.

Selain itu, Planet Mahir juga akan mengadakan kursus teknikal seperti cara mengendalikan pertandingan Esports yang lebih dikenali sebagai Marshall dan juga kursus mereka permainan video anda sendiri (Game Development).

MVFL One Series ini akan dianjurkan pada setiap bulan di peringkat lokaliti (kampung, daerah, pekan, bandar) di seluruh negara dan perlawanan akhir dijangka diadakan pada pertengahan tahun 2020.

Pada setiap siri MVFL, siaran langsung pertandingan boleh dilayari melalui platform media sosial MVFL Asia, Kitamen dan juga Planet Mahir.

Jom saksikan gambar di sekitar program tersebut tempoh hari. -PlanetMahir

Kategori Lain