Muat Turun Aplikasi Planet Mahir Sekarang!

BERMULA 30 Januari yang lalu, platform pembelajaran dalam talian, PlanetMahir hadir dengan aplikasi pembelajaran dan kongsi kemahiran bahasa Melayu yang pertama dalam negara.

Planet Mahir menawarkan peluang menjana pendapatan yang berterusan kepada sesiapa sahaja yang berkongsi kemahiran mereka melalui platform ini.

Video kursus dalam durasi yang pendek bagi setiap modul memberi kebebasan kepada pelajar untuk belajar pada waktu lapang mengikut keselesaan mereka sendiri.

Perluaskan kemahiran kreatif anda, belajar dan jana pendapatan sampingan dengan pelbagai kursus menarik di Planet Mahir!

Terdapat beberapa kategori kursus di Planet Mahir, iaitu Kursus Profesional, Keperibadian dan Keusahawanan. Ini termasuklah kursus Bahasa, Teknikal, IT Digital, Kewangan, Pengurusan dan Perundangan.

Kursus Keusahawanan yang ditawarkan di Planet Mahir termasuklah Pengenalan Perniagaan, Rancangan Perniagaan, Strategi, Pengumpulan Dana, Perakaunan Syarikat dan Pemasaran.

Di dalam aplikasi ini, terdapat beberapa ciri khas seperti ruangan interaksi di antara pelajar dan tenaga pengajar selain Antaramuka Grafik Pengguna (User Interface) yang mudah untuk digunakan.

Melalui aplikasi ini juga, pengguna yang melanggan kursus berupaya untuk terus membuat pembayaran tanpa perlu melalui laman web planetmahir.com.

Dengan kehadiran aplikasi ini, Planet Mahir kini boleh diakses melalui telefon pintar hanya di hujung jari anda.Ia sekaligus memudahkan pelajar untuk menimba ilmu di mana sahaja anda berada.

Untuk info lanjut mengenai aplikasi ini, saksikan juga siaran ulangan program ‘Planet Mahir Countdown Live Show’ yang bersiaran pada jam 9 malam 29 Januari lalu. – PlanetMahir

[9PM-11PM] Countdown Show

A live streaming event in conjunction with Planetmahir’s Mobile App launch

Posted by Planet Mahir on Wednesday, January 29, 2020

 

Kategori Lain