Laravel For Dummies – Rafieq Roslan

DALAM kursus terbaru Planet Mahir, Rafieq Roslan akan berkongsi dengan anda cara menguasai kemahiran asas kepada Framework PHP Laravel (Laravel For Dummies).

Persoalannya, Laravel ni apa? Secara ringkas, Laravel adalah rangka kerja PHP yang secara drastik akan meningkatkan produktiviti anda dan sahabat anda.

Untuk maklumat, terdapat sejumlah besar sumber untuk pemula dan dokumentasi yang menarik di luar sana sekiranya anda ingin menjadi Pembangun Laravel.

Antara rangka kerja web yang memiliki komuniti pemaju yang luar biasa ramainya serta naik dengan cepat jika dibandingkan dengan rangka kerja yang lain.

Di dalam kursus tersebut, Rafieq akan menerangkan beberapa ciri penting yang terdapat di dalam PHP Framework Laravel ini.

Jom tengok video promo kursus Rafieq di YouTube Planet Mahir. -Planetmahir

Kategori Lain