Jumpa Anda Di Ambang Tahun Baru Selangor 2020

PLANET Mahir akan berada di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 31 Disember ini sempena Ambang Tahun Baru Selangor 2020.

Mari beramai-ramai kita penuhkan Dataran Kemerdekaan Shah Alam 31 Disember ini.

Lebih menarik, anda boleh sertai pertandingan Esports Ambang Tahun Baru Selangor 2020 seperti Pertandingan FIFA 20, PUBG Mobile, COD Mobile dan Tekken 7 pada sambutan itu nanti.

Sambutan akan dihangatkan lagi dengan persembahan penyanyi popular Black, Syamel dan Ernie Zakri.

Selain itu pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya acara Penalti Ambang 2020, ‘Netball Shootout Ambang 2020′, dan Beyblade yang menawarkan hadiah wang tunai lumayan.

Jumpa di sana!

 

 

Kategori Lain