COVID-19: Planetmahir Tawar Bantuan Khidmat Nasihat Online Learning

RENTETAN kepada pandemik COVID-19 yang semakin serius melanda Negara sekarang, Planetmahir, sebagai sebuah entiti korporat yang perihatin, dengan ini menawarkan kepakaran dan pengalaman kami dalam bidang pembelajaran maya (online learning, virtual learning environment) dan kandungan digital (digital content) kepada semua Institusi Pendidikan yang jelas terkesan dengan wabak ini.

Bantuan ini adalah suatu khidmat kenegaraan (national service) kami kepada Negara di saat kita semua diuji dengan ujian maha hebat ini. Tanggungjawab mendidik anak bangsa tidak boleh terhenti atas dasar apa sekalipun.

Kami sedar semakin banyak institusi yang terpaksa membatal atau menggantung kuliah dan sesi pembelajaran mereka kerana wabak ini. Beralih kepada teknologi digital, live streaming, broadcasting dan podcasting serta digital classroom adalah pilihan terbaik, dengan menggunapakai teknologi dan tenaga kerja (talent) yang tersedia ada.

Pihak kami boleh dihubungi di [email protected] atau talian 0377330769 untuk tujuan bantuan ini.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir
Pengasas Bersama/CEO Planetmahir Sdn Bhd

Kategori Lain