Bicara Mufti : Cabaran Menimba Ilmu Di Era Digital

PADA 25 Februari lalu, sebuah majlis ilmu bertajuk Bicara Mufti: Cabaran Menimba Ilmu di Era Digital telah dilangsungkan di Masjid Asy-Syakirin KLCC, Kuala Lumpur.

Dihadiri lebih 200 orang daripada pelbagai organisasi dan institusi, program Bicara Mufi bersama Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri ini dibawakan bersama oleh Planet Mahir dan Masjid Asy-Syakirin KLCC.

Dalam tazkirah yang dibawakan oleh Dr. Zulkifli, beliau menerangkan serba sedikit mengenai adab menimba ilmu di era digital sesuai dengan peredaran zaman.

Untuk pengetahuan anda, program ini turut disiarkan secara langsung di platform media sosial dan laman web live.planetmahir.com untuk tontonan umum rakyat seluruh negara.

Program ini turut dijayakan oleh beberapa organisasi termasuklah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan juga Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Penaja yang terlibat termasuklah Celcom, Hadramawt Kitchen dan Killiney Kopitiam

Selain itu, Planet Mahir juga ingin berterima kasih kepada Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz, Gombak dan Sek Agama Menengah Tinggi Sultan Hishammuddin, Klang yang turut sama hadir memeriahkan majlis.

Jumpa anda di program kami yang seterusnya!

Jom saksikan semula siaran langsung program Bicara Mufti: Cabaran Menimba Ilmu di era digital bersama Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli di Facebook kami!

 

Kategori Lain