5 Tips Bantu Anak Belajar Menggunakan Gajet

ANAK-ANAK yang membesar di zaman teknologi sememangnya tidak dapat lari daripada penggunaan gajet seperti komputer, tablet dan telefon pintar.

Penggunaan yang melampaui batas dan tidak terkawal tentunya mengundang kesan yang negatif dari segi perkembangan sosial dan fizikal.

Namun begitu, penggunaan gajet dan teknologi untuk pembelajaran telah terbukti sebagai alat bantu belajar yang berkesan jika digunakan dalam suasana yang kondusif dan terancang.

Ibubapa perlu bijak dalam memantau penggunaan gajet dan teknologi untuk anak-anak belajar, terutamanya ketika berada di rumah dan waktu ulangkaji.

Berikut adalah beberapa tips dalam menggalakkan penggunaan gajet yang lebih positif untuk anak belajar:

1. Tetapkan masa belajar menggunakan gajet.

Dengan adanya gajet dan teknologi, waktu belajar tidak semestinya sentiasa melibatkan buku dan pensel. Libatkan diri di dalam perancangan waktu belajar anak-anak di rumah dan cuba tetapkan masa tertentu untuk anak menggunakan gajet sebagai alat pembelajaran.

Contohnya, satu jam, 3-4 kali seminggu. Anak-anak tentu akan lebih seronok apabila dapat menggunakan applikasi atau Internet dan ia dapat membantu mereka belajar dengan lebih efisien.

Ibu bapa juga boleh menggunakan jadual online untuk membantu anak merancang masa belajar seperti Google Calendar.

2. Pilih aplikasi dan platform pembelajaran digital yang bersesuaian.

Terdapat banyak pilihan applikasi dan platform pembelajaran digital di luar sana. Ada yang berbayar dan ada yang percuma. Dalam memilih aplikasi atau platform pembelajaran, pastikan pembangunnya berpengalaman dan boleh dipercayai.

Baca ulasan daripada pengguna-pengguna sebelumnya dan kenalpasti ciri-cirinya supaya ia sesuai dengan umur dan keperluan pembelajaran anak.

Platform pembelajaran digital seperti JomStudi yang dibangunkan oleh Astro, Media Prima dan Digi mematuhi sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran. Ini bermakna material pembelajaran yang ditawarkan sesuai dengan anak-anak yang belajar menggunakan kurikulum kebangsaan.

3. Duduk bersama anak ketika belajar.

Ibubapa digalakkan duduk bersama anak ketika mereka belajar, terutamanya jika anak berumur lingkungan 5-12 tahun. Dengan cara ini, ibu bapa boleh mengenali stail pembelajaran anak dengan lebih dekat, kerana tidak semua kanak-kanak mempunyai stail yang sama.

Sebagai contoh, ada yang yang memerlukan bantuan visual untuk memahami konsep, dan ada yang gemarkan lojik dan eksperimen. Ia membantu ibu bapa memilih applikasi, video pembelajaran, dan pengalaman pembelajaran digital yang paling sesuai untuk mereka, seperti Astro Tutor TV yang boleh diakses melalui JomStudi.

Secara tidak langsung, ia juga membolehkan ibubapa memantau perkembangan anak dan paling penting meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama mereka.

4. Cabar diri melalui permainan, kuiz dan kertas peperiksaan terdahulu.

Selain menonton tutorial dan melakukan latih tubi, pembelajaran menggunakan gajet dan teknologi juga memberikan peluang untuk anak mencabar diri mereka melalui permainan, kuiz dan kertas peperiksaan yang terdahulu.

Paling menyeronokkan apabila ia boleh dilakukan bersama kawan, dan mendapat ganjaran seperti lencana yang boleh dikumpul di dalam akaun masing-masing. Platform FullAMark di JomStudi juga memberikan akses kepada sumber kertas peperiksaan terdahulu dan juga pelbagai modul dan nota belajar yang sesuai.

5. Belajar bersama kawan-kawan secara atas talian.

Penggunaan gajet dan teknologi Internet juga bermakna anak boleh belajar secara berkumpulan secara atas talian.

Untuk anak-anak yang lebih muda, ia peluang untuk mereka belajar bersama-sama kawan atau menyiapkan kerja rumah bersama-sama tanpa perlu merisaukan ibu bapa kerana mereka tidak perlu keluar dari rumah.

Untuk anak-anak remaja, ia memudahkan mereka melakukan kertas kerja berkumpulan atau bersama-sama melakukan penyelidikan atas talian.

Artikel asal ditulis oleh : Engku Khadeeja

Kategori Lain